WAWANCARA l
Ketua Srikandi Bersatu, Rina Mohd Harun menepis dakwaan wujudnya
pergolakan antara pengerusi parti itu, Dr Mahathir Mohamad dengan
presidennya Muhyiddin Yassin berhubung rombakan barisan exco kerajaan
negeri Johor, baru-baru ini.
Anggota parlimen Titiwangsa itu berkata, kepimpinan parti dan negeri juga tenang tanpa sebarang konflik.
"Saya menafikan sekeras-kerasnya berlaku pergolakan dalam Bersatu, terutamanya dakwaan yang membabitkan keretakan hubungan antara Dr Mahathir dan Muhyiddin Yassin.
Rina berkata demikian mengulas dakwaan tular di media sosial hari ini yang menuduh berlaku keretakan hubungan antara Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin.
Pada 22 April lepas, Bersatu dilaporkan mengadakan mesyuarat khas yang menyebabkan spekulasi bertiup kencang mengenai hubungan antara kedua-dua pemimpin tertinggi parti itu.
Pada 22 April lalu, Majlis Tertinggi Bersatu mengadakan mesyuarat kecemasan yang merancakkan spekulasi bahawa Mahathir dan Muhyiddin tidak lagi sehaluan.
Pada pagi sebelum itu, tiga anggota exco baru - Solihan Badri, Tosrin Jarvanthi (kedua-duanya dari Bersatu) dan Tan Chen Choong (DAP) - mengambil sumpah jawatan masing-masing.
Mahathir kononnya tidak mahu sebarang perubahan kepada barisan exco selain menambah seorang ADUN Bersatu untuk menggantikan Dr Shahruddin Jamal yang dilantik sebagai menteri besar.
Sebelum Shahruddin mengangkat sumpah, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah
mengarahkan menteri besar baru itu untuk merombak barisan exco.
Mengulas arahan itu, Mahathir berkata sultan tidak boleh mempengaruhi pelantikan anggota exco.
Dalam rombakan itu, dua anggota exco ketika itu, Tan Hong Pin (DAP) dan Mazlan Bujang (Bersatu) digugurkan. Pihak Istana Johor dikatakan tidak serasi dengan mereka.
Dalam perkembangan berasingan, Rina mengakui selaku menteri pembangunan luar bandar beliau juga melalui pengalaman sebagaimana perdana menteri yang berkata: "Beban tugasnya (sebagai PM kini) tiga kali ganda lebih banyak."
Rina berkata sebagai menteri baru beliau berusaha untuk cepat belajar dalam mengurus tadbir kementeriannya.
“Memang betul, tapi makin hari semakin baik dan sebagai wakil rakyat dan menteri baharu yang tiada pengalaman, saya akui banyak perkara perlu belajar dengan cepat, kena turun ke bawah untuk mendalami skop kerja di bawah kementerian ini.
“Malah ada juga beberapa kertas kerja di kementerian ini, saya minta pandangan daripada perdana menteri juga,” jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan