HALAMAN SANTAI

Khamis, 25 April 2019

FGV bakal buang 6,000 pekerja

Wartawan MalaysiaGazette
MGF28022019_FGV_10-681x452
FGV Holdings Bhd.


KUALA LUMPUR- FGV Holdings Bhd dijangka mengurangkan 30 peratus tenaga kerja pengurusannya dalam tempoh tiga tahun .

Ini merupakan antara usaha syarikat tersebut mengecilkan kos sambil mengoptimumkan aset sebagai sebahagian pelan pemulihan menyeluruh.

Akhbar Malaysian Reserves melaporkan hari ini, pengeluar minyak sawit mentah (MSM) terbesar dunia itu menyasarkan untuk mengurangkan sehingga 6,000 kakitangan sebagai sebahagian rancangan pemulihan selepas ia merekodkan kerugian besar RM1.07 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.

Kerugian itu yang terburuk dicatatkannya sejak disenaraikan pada 2012, berikutan rosot nilai besar dan harga MSM rendah.

Pemberhentian itu akan membabitkan sebahagian 20,000 kakitangan di ibu pejabatnya di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur serta beberapa pejabat serantau, kata sumber kepada akhbar berkenaan.

Proses pembehentian sedang dijalankan dengan seramai 667 kakitangan menerima Skim Pemisahan Mandatori FGV pada 2018.

Skim itu membabitkan bayaran berjumlah RM72 juta dan penjimatan tahunan RM25 juta.

Menjelang Jun tahun ini, kira-kira 500 pekerja lagi akan diberhentikan, kata seorang sumber.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: