HALAMAN SANTAI

Khamis, 25 April 2019

Nga nafi hina, persenda TMJ

MALAYSIAKINI

   
Timbalan Speaker Dewan Rakyat berang apabila namanya dikaitkan dengan satu hantaran berbentuk penghinaan ke atas Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang tular di media sosial.

Kata Nga, apa yang dipaparkan itu adalah satu fitnah untuk memburuk-burukkan namanya.

"Fitnah! Ini betul-betul berniat jahat dan taktik kotor," katanya.

Nga juga memberitahu Malaysiakini beliau akan mengarahkan pembantu peribadinya membuat
laporan ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.

Anggota parlimen Teluk Intan itu juga berkata tindakan undang-undang akan diambil ke atas dalang yang membuat hantaran palsu berkenaan.

Terdahulu Nga merujuk kepada satu imej tangkap layar yang kononnya dimuat naik di akaun Facebooknya dan memaparkan gambar menghina Tunku Ismail.

Gambar itu muncul sehari selepas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata Undang-undang Tubuh Johor dan Terengganu terbatal dengan wujudnya Perseketuan Tanah Melayu.

Tiada ulasan: