"Saya tidak mahu kerana ini tidak seperti sebelum ini (ketika) kita ada banyak wang.
“Pertumbuhan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) adalah 10 peratus dan bukan (sekarang ini) pada 4.5 peratus," katanya ketika berucap semasa pelancaran Tabung Pelajar Antarabangsa Abu Sulayman di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIAM) hari ini.
Anwar berkata Menteri Kewangan Lim Guan Eng terpaksa memberi jawapan standard apabila permintaan untuk peruntukan diajukan.
“Ini adalah jawapan standard kerana kita berada dalam kekangan kewangan," katanya.
Anwar adalah menteri kewangan dari tahun 1991 hingga 1998.
Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini mendakwa ia mewarisi hutang lebih daripada RM1 trilion daripada pentadbiran BN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan