HALAMAN SANTAI

Jumaat, 26 April 2019

‘Ada masalah, tak ada masalah, mereka tetap salahkan saya

MALAYSIAKINI

   

Peguam Negara Tommy Thomas menafikan beliau gagal meyakinkan Majlis Raja-Raja berhubung pendirian kerajaan untuk menerima Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Katanya, tuduhan itu tidak benar dan penjelasannya akan dibuat Sabtu ini, lapor Utusan Malaysia.

“Sudah tentu ia tidak benar. When its raining, they put the blame on me (Bila ada masalah, mereka salahkan saya).

When there is no rain, they blame on me too (Bila tidak ada masalah, mereka salahkan saya juga),” beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita di lobi Menara Kembar Bank Rakyat di Kuala Lumpur semalam.

Peguam yang lantang mengkritik kerajaan Mohd Khairul Azam Abdul Aziz sebelum ini dilapor mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak dapat meratifikasi Statut Rom berpunca daripada Tommy.

Katanya ia bukan disebabkan oleh tindakan empat profesor perundangan yang dituduh cuba mengelirukan Majlis Raja-raja dengan kertas kerja masing-masing.

Dalam pembentangan kertas kerja di hadapan Majlis Raja-raja, Tommy dan Professor Emeritus Shad Saleem Faruqi dilaporkan mewakili kerajaan.


Tiada ulasan: