HALAMAN SANTAI

Jumaat, 26 April 2019

Harimau Malaya mungkin guna khidmat Lee Tuck di Qatar

MALAYSIAKINI


   
Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe mengakui telah mempunyai bayangan barisan kesebelasan utama skuad Harimau Malaya bagi menghadapi perlawanan pusingan pertama Piala Dunia Qatar 2020, Jun depan.

Cheng Hoe berkata ini termasuk tidak menolak kemungkinan menggunakan khidmat arkitek tengah Terengganu FC, Lee Tuck yang kini dalam proses menyiapkan segala dokumen berkaitan proses naturalisasi beliau.

Katanya selain itu empat pemain iaitu Syahmi Safari, Akhyar Rashid, Safawi Rasid dan Syamer Kutty Abbar turut berpotensi berada dalam senarai pemain kesebelasan utama.

“Lee Tuck memang bermain dengan begitu baik dan mempunyai ciri-ciri sebagai pemain kebangsaan dan kami berharap dia boleh mendapatkan pasport Malaysia secepat mungkin supaya kita boleh daftarkan untuk (bersama) pasukan Malaysia di kelayakan Piala Dunia nanti," katanya.

Tiada ulasan: