KUALA LUMPUR: Soal aset Tabung
Haji (TH) diuruskan oleh ketua pegawai eksekutif bukan Islam tidak
timbul kerana aset TH berkenaan dipindahkan kepada syarikat tujuan khas
SPV, Urusharta Jamaah Sdn Bhd diketuai Izad Shahadi Mohd Sallehuddin
yang dilantik sebagai CEO pada 2 April lalu, persidangan Dewan Negara
diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh menjelaskan bahawa penubuhan SPV yang dimiliki oleh kerajaan dikenali sebagai UJSB itu bertujuan membantu mengambil alih aset-aset Lembaga Tabung Haji yang mengalami kejatuhan nilai bagi menutup jurang antara aset dan liabiliti TH.

"Pelantikan ini (Izad Shahadi) sebagai langkah pembentukan pasukan
pengurusan di UJSB bagi memastikan kelangsungan proses pemulihan
aset-aset yang dipindahkan TH.
"Maka tidak timbul isu pelantikan pegawai eksekutif bukan Islam yang bercanggah dengan Akta Tabung Haji," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Fahariyah Md Nordin.
Fuziah berkata dokumen yang digunakan untuk mengambil alih aset-aset ini adalah melalui Perjanjian Pemindahan Aset dan bukan melalui Perjanjian Jual Beli.
Timbalan menteri itu berkata kerajaan perlu mengambil alih aset-aset tersebut pada harga premium bagi menutup jurang defisit di antara aset dan liabiliti TH. -- BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan