Menterinya, Lim Guan Eng berkata, beliau tidak mahu sikap bank-bank tersebut menjejaskan usaha kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah kepada rakyat.
Tambahnya, Kementerian Kewangan sedang bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia untuk melonggarkan syarat pinjaman perumahan tanpa meningkatkan paras hutang isi rumah.
“Bank tidak perlu takut untuk memberi pinjaman.
“Katakan bank beri pembiayaan RM42,000 tetapi nilai rumah tersebut lebih tinggi, mungkin RM100,000 jadi jika pembeli tidak mampu bayar, bank-bank boleh merampas rumah berkenaan dan melelongnya.
“Bank akan dapat balik wang mereka,” katanya semasa berucap merasmikan Kempen Pemilikan Rumah- Ekspo Hartanah & Perumahan Malaysia (HOC-MAPEX 2019) di sini hari ini
Bagaimanapun, situasi tersebut menurut Guan Eng hanya boleh dipakai bagi kes-kes pemilikan rumah bukan mewah.
Dalam pada itu, beliau meminta pemaju hartanah untuk menumpukan perhatian kepada pembinaan rumah mampu milik dan mengurangkan projek-projek perumahan mewah.
Katanya, langkah ini bagi memastikan lebih ramai rakyat mampu memiliki kediaman sendiri tanpa dibebani hutang yang tinggi.
Ini juga akan mengurangkan isu longgokan hartanah yang tidak terjual.- MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan