HALAMAN SANTAI

Khamis, 25 April 2019

Tukar alamat kad pengenalan perlu dokumen sokongan – JPN

THE MALAYSIAN TIMES
 


PUTRAJAYA: Permohonan pertukaran alamat pada kad pengenalan perlu disertakan dengan dokumen sokongan seperti bil utiliti, cukai pintu atau dokumen lain bermula 2 Mei ini, kata Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini.

JPN dalam kenyataan berkata prosedur baharu itu adalah bagi mengelakkan masalah alamat yang tidak sahih pada kad pengenalan.

“Permohonan pertukaran alamat pada kad pengenalan hendaklah dikemukakan dengan dokumen sokongan sebagai bukti sahih penggunaan alamat baru,” katanya.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi unit komunikasi korporat, ibu pejabat JPN Putrajaya di talian 03–8880 7077 atau emel ke pro@jpn.gov.my.

Tiada ulasan: