HALAMAN SANTAI

Sabtu, 27 April 2019

Hina agama Hindu, laporan polis dibuat terhadap ‘anak buah’ Zakir Naik

THE MALAYSIAN TIMES



KUALA LUMPUR: Laporan polis telah dibuat oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap Ketua Pegawai Eksekutif One Centre Malaysia, Perlis, Muhd. Zamri Vinoth Abdullah yang didakwa menghina agama Hindu.

Zamri didakwa membuat kenyataan yang berbau penghinaan terhadap agama Hindu dalam satu video tular di laman sosial.

Laporan polis itu dibuat oleh pengerusi Persatuan Harapan India Malaysia M.Mani Maran dan pengerusi Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia, Arun Dorasamy.

“Saya sebagai seorang penganut Hindu amat terkilan dan marah akan peghinaan Zamri Vinoth yang biadap dengan kata–kata kesat dan unsur penghinaan terhadap agama suci kami di dalam video itu.

“Kami meminta dan memohon polis untuk mengambil tindakan segera untuk mengelak kecuhan atau perbalahan yang tidak diingini.

“Perbuatan Zamri Vinoth yang berusur provokasi dengan unsur –unsur perkauman, hasutan dan penyalahgunaan media social secara amnya adalah satu cabaran kepada perpaduan dan undang-undang di Malaysia,” menurut Arun.

Menurut Arun, Zamri merupakan seorang mualaf dari Pulau Pinang dan seorang “anak buah” penceramah kontroversi India Zakir Naik.

Pihak berkuasa India sedang menyiasat Zakir, yang kini menetap di Malaysia selepas diberi status pemastautin tetap (PR), mengenai dakwaan keganasan dan tuduhan pengubahan wang haram.
Zamri turut menerima kritikan daripada netizen:

Pengguna Facebook Muhammad Kartik Abdullah berkata: “Zamri Vinoth betul-betul memalukan la…Dah lah kutuk agama org lain. Adakah agama Islam ajar kamu kutuk agama lain. Bodohlah kau Zamri dengan cakap angkuh dengan rambut ada line lagi mau ceramah.”

Rosalinda Linda berkata: “En. Zamri Vinod kamu memeluk agama Islam tak salah dan bersyukur lah, ada tak agama itu ajar kamu jadi kurang ajar.

“…setahu saya agama Islam tak pernah hina agama lain dan kamu pulak memalukan asal usul kamu dan agama sekarang, betul-betul kamu memalukan ibu bapa kamu yang selama ini membesarkan kamu dan memalukan ibu bapa yang mengangkat kamu sebagai anak angkat dan mereka ajar kamu semua yang baik-baik tapi kamu memalukan, tolong jangan hina mana-man agama pun faham.”

Nik Mohamad Nafiz berkata: “Jangan risau sahabat semua..Islam tak ajar hina agama lain, jadi jangan salahkan mana-mana agama jika individu yang buat salah..contoh: ada seorang islam mencuri, kita tak boleh cakap agama islam yang suruh mencuri,kita cakap individu yang mencuri.”

Hasna Hasan berkata: “En zamri u memeluk agama islam kami tak cakap salah tapi ada tak dlm agama islam tuhan kamu suruh hinakan agama orang lain …. macam mana awak hinakan agama lain tak baik …. jangan lupa keturunan awak tu.”

Shuhashini Maniraj berkata: “Lupa daratan…kalau betul dia peluk Islam tidak mungkin dia boleh aibkan agama orang lain. tak ada agama ajar orang untuk hina agama lain. Dia ini peluk ajaran sesat.”

Kanna Sinnadurai berkata: “Mana-mana agama pun tidak mengajar sesiapa mengutuk agama satu sama lain…faham tak Vinoth.”

Tiada ulasan: