HALAMAN SANTAI

Jumaat, 26 April 2019

JANGAN CEPAT JATUH HUKUM-HADI



Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menasihati ahli PAS yang lain untuk tidak mudah menjatuhkan hukum kepada UMNO meskipun parti tersebut telah banyak melakukan perkara terhadap parti tersebut.

Beliau berkata ahli PAS tidak berhukum dengan hukum akal sebaliknya menggunakan hukum Allah yang mengajar untuk menyeru seramai mungkin manusia menuju ke arah kebaikan.

“Dalam sesi dialog di Perak hujung minggu lepas, saya ditanya berkenaan sejarah dan latar belakang UMNO yang melakukan banyak perkara terhadap PAS dan ahli-ahlinya. Maka saya menerangkan kepada hadirin beberapa perkara penting untuk menjelaskannya.

“Pertama, kita kena sedar latar belakang ini bukan sahaja UMNO, PAS pun ada latar belakang.Dalam PAS, ada yang tengah-tengah kuat PAS, akhirnya lari daripada PAS. Manusia boleh berubah bila-bila masa.

“Jadi kita jangan pakai hukum akal, kena pakai hukum Allah. Hukum Tuhan yang mengajar kita menarik manusia seramainya kepada kebaikan,” katanya melalui kenyataan di Facebook rasmi beliau pada Khamis.

Dalam perkembangan sama, Abdul Hadi turut menjelaskan apabila seseorang melakukan kesilapan, tanggungjawab orang lain bukan menjatuhkan hukum, tetapi menasihati supaya individu tersebut kembali ke jalan yang benar.

“Langkah kita adalah mengajak manusia seberapa ramai kepada Islam. Orang yang salah balik ke jalan yang betul.

“Dalam Islam, membetulkan orang hendaklah diutamakan daripada menghukum orang. Jangan menghukum dulu, kalau boleh biar orang itu kembali ke pangkal jalan. Ini tanggungjawab kita,” katanya.

“Ada orang kuat PAS, habis-habisan dia kuat, saat akhir dia meninggal, dia melawan kita. Ada orang dia lawan kita, saat akhir dia jadi baik dengan kita,” ujar beliau.


Tiada ulasan: