HALAMAN SANTAI

Sabtu, 27 April 2019

Kerajaan sedia pinjaman mudah RM500 juta tanam semula sawit


Wartawan MalaysiaGazette


kelapa-sawit-ladang


KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menyediakan dana pinjaman mudah sebanyak RM500 Juta bagi penanaman semula sawit oleh pekebun kecil persendirian.

Pinjaman iTU akan disediakan kepada pekebun kecil persendirian dengan mengenakan kadar faedah rendah pada hanya 2 peratus setahun.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, program pinjaman mudah itu bertujuan membantu meringankan beban kewangan para pekebun kecil dalam melaksanakan penanaman semula sawit.

“Di samping itu, dana pinjaman mudah sebanyak RM50 juta juga disediakan pada kadar faedah 2 peratus setahun bagi membiayai input dan bahan penanaman sawit dengan penggunaan benih yang disahkan serta baka yang berkualiti dan terkini.

“Usaha ini bersama dengan penanaman semula bakal meningkatkan produktiviti dan selanjutnya pendapatan

pekebun kecil,” katanya dalam kenyataan.

Selain pinjaman mudah, tambah beliau, kerajaan juga akan memberi lebih bantuan kepada pengusaha sawit dalam pensijilan MSPO.

Dalam ucapan Belanjawan 2019, Kerajaan telah memperuntukkan RM30 Juta bagi pensijilan MSPO.

Guan Eng berkata, bagi menggalakkan lebih ramai penanam sawit memperolehi pensijilan MSPO dan usaha untuk mencapai 100 peratus pensijilan menjelang 31 Disember 2019.

“Kerajaan akan menambah dana sehingga RM100 juta lagi

untuk usaha pensijilan. Di bawah dasar ini, Kerajaan akan menanggung 100 peratus kos pensijilan MSPO daripada 70 peratus sedia ada bagi pengusaha sawit yang mempunyai saiz penanaman sederhana (40 hektar hingga 1,000 hektar).

Kerajaan juga, tambah beliau, akan menambahkan bantuan untuk kos pengauditan daripada 30 peratus ke 50 peratus.

Katanya, insentif ini akan dibayar setelah pengusaha berjaya mendapat pensijilan. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: