HALAMAN SANTAI

Ahad, 28 April 2019

Hutang bertambah, apa dah jadi RM202 juta Tabung Harapan?

Oleh Siti Fatimah Ishak

Kerajaan Pakatan Harapan hanya pakar tukar jenama: Asyraf Wajdi



BANGI– Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menuntut penjelasan kerajaan berkaitan Tabung Harapan Malaysia (THM), yang dikutip sejak 30 Mei tahun lalu, selepas Pakatan Harapan menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata, sehingga kini hutang negara bertambah lebih RM90 bilion dalam tempoh 10 bulan pentadbiran PH.

“Nak tanya juga, apa sudah jadi dengan RM202 juta yang dikutip daripada Rakyat atas nama Tabung Harapan, kononnya untuk bayar hutang sedangkan hutang negara makin bertambah menjangkau RM800 bilion sejak 10 bulan PH berkuasa?,” soalnya.

Tabung Harapan ditubuhkan oleh kerajaan PH untuk menerima wang derma dan sumbangan daripada mana-mana orang perseorangan dan syarikat bagi membantu kerajaan menangani isu hutang negara.

Sehingga tarikh akhir 14 Januari lalu, jumlah kutipan Tabung Harapan mencecah sebanyak RM202,716,775.10.

Menerusi catatan di Facebooknya, hari ini, Asyraf Wajdi sekali lagi menegur menegur tindakan kerajaan apabila menjenamakan semula beberapa projek kerajaan terdahulu.

Beliau mempersoal sama ada kerajaan sedar atau tidak kerana kos menukar jenama bukan sedikit, tetapi memerlukan perbelajaan yang besar.

“Daripada kasut putih tukar kepada kasut hitam, daripada Permata Negara kepada Genius, terbaru TVET juga nak ditukar.

“Nampaknya Kerajaan PH Malaysia baharu hanyalah sekadar pakar tukar jenama. Ingatlah kos untuk menukar jenama bukan sedikit. Melibatkan jutaan wang rakyat yang hari ini dikerah supaya mengikat perut dan disaran berkorban,” katanya.

Semalam, Kementerian Pendidikan memaklumkan, pihaknya mempertimbang untuk menukar nama Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi mengubah persepsi umum terhadap bidang itu dalam usaha menjadikannya pilihan arus perdana.

Tiada ulasan: