Dayang Anita Abd Aziz berkata, seperti mana Food Bank yang dilancarkan untuk menangani masalah pelajar universiti, kad subsidi petrol juga diyakini dapat membantu atasi kekangan kewangan mereka.
“Bantuan begini dapat bantu kekangan kewangan mereka. Boleh launch (lancar) di #PPUKM dan saya sedia bantu InsyaAllah” katanya dengan emoji senyum menerusi akaun twitter beliau.
Dayang Anita yang merupakan Ketua Unit Pembedahan Padiatrik di pusat perubatan tersebut mengemukakan cadangan kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata: “Salam YB @saifnasution Harap Students Universiti yang dapat bantuan
#FoodBankMalaysia turut dikenalpasti utk dapat kad subsidi petrol,”. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan