HALAMAN SANTAI

Isnin, 29 April 2019

Tak adil nilai PM berdasarkan tinjauan terbaru - Zuraida


   

Tidak adil untuk menilai Perdana Menteri Najib Razak berdasarkan tinjauan Merdeka Centre yang menyaksikan tahap keyakinan terhadap Dr Mahathir Mohamad merosot sebanyak 37 peratus, kata menteri kabinet.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata platform berbeza digunakan untuk menilai kadar tahap keyakinan itu.

Katanya, tahap keyakinan 83 peratus yang diterima Dr Mahathir semasa PRU14 kerana rakyat ketika itu mahu menukar kerajaan.

Sementara itu, jelas Zuraida lagi, hasil kaji selidik terbaru yang menunjukkan tahap keyakinan terhadap perdana menteri menurun kepada 46 peratus pada Mac lalu pula dikendalikan berdasarkan platform berbeza.

"(Platform) itu mengenai pentadbiran, polisi baru, mengenai menunaikan janji manifesto. Jadi ia dinilai pada platform yang berbeza," katanya.

Ketika ditanya jika perdana menteri perlu meletak jawatan, Zuraida berkata: "Tidak."

Sementara itu, beliau berkata PH perlu bersedia sepanjang masa bagi peralihan kuasa daripada Dr Mahathir kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim, yang dijangka akan berlangsung tahun depan.

"Seluruh Pakatan Harapan perlu bersiap untuk peralihan kuasa. Kamu tidak boleh mengatakan dua tahun kerana di beberapa tempat, perdana menteri dan menteri besar datang dan pergi.

"(Jadi) semua orang mesti bersiap dan negara perlu bersedia. (Kemudian) ia sepatutnya baik-baik saja.

"Setakat ini, perubahan kerajaan, perubahan menteri besar dan ahli exco, semuanya berjalan lancar, saya tidak melihat sebarang malapetaka," katanya.

Tiada ulasan: