HALAMAN SANTAI

Jumaat, 26 April 2019

STATUT ROM: SEKARANG SALAHKAN PEMBANGKANG?


Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan membidas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy yang menuduh pembangkang menjadi punca perpecahan dalam isu Statut Rom.

Beliau berkata hakikatnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) sendiri yang menimbulkan isu apabila menandatangani perjanjian tersebut secara membuta-tuli.

“Betul punya pusing la menteri perpecahan ni.

“Pakatan Harapan (PH) sendiri yang sertai Statut Rom secara senyap tanpa merujuk Raja-Raja Melayu hingga wujud krisis dengan Istana Johor.

“Sekarang salahkan pembangkang?” soalnya melalui hantaran di laman Facebook rasmi beliau pada Khamis.

Dalam perkembangan sama, Zahida menegaskan rakyat turut mengambil keputusan menolak Statut Rom kerana ia jelas merugikan negara.

“Kerana ia akan mengancam institusi beraja di negara kita. Kerajaan PH mesti kembali semula kepada semangat Perlembagaan yang asal.

“Bukan tunduk kepada tiap desakan dan permintaan DAP,” tegas beliau.


Tiada ulasan: