HALAMAN SANTAI

Selasa, 30 April 2019

Usah timbul provokasi isu agama

SALMAH MAT HUSAIN

Hasanuddin bersama petugas media Kelantan.
KOTA BHARU: Polis Kelantan memberi jaminan rumah-rumah ibadat di negeri itu selamat dikunjungi dan berada dalam keadaan terkawal.
 
Ketua Polis negeri Dato’ Hasanuddin Hassan berkata, bagaimanapun pemantauan dilakukan pihaknya bagi memastikan perkara tidak diingini berlaku.
 
Katanya, pemantauan sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa sama ada anggota polis berpakaian seragam atau biasa.
 
“Pemantauan dibuat berikutan arahan yang dikeluarkan Bukit Aman baru-baru ini berikutan insiden di New Zealand dan Sri Lanka.
 
“Kita mempertingkat kawalan di semua rumah ibadat selain rondaan di kediaman Konsul Thailand,” katanya selepas majlis Malam Apresiasi Bersama Media sempena Sambutan Hari Polis ke-212, di sini, malam tadi.
 
Hasanuddin juga menasihatkan orang ramai tidak menimbulkan provokasi terutamanya membabitkan isu agama.
  
Baru-baru ini Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) polis di seluruh negara diarah mempertingkatkan kawalan serta rondaan terhadap semua kedutaan, Pejabat perwakilan asing serta rumah ibadat. - HARAKAHDAILY 


Tiada ulasan: