HALAMAN SANTAI

Khamis, 25 April 2019

Najib arah tutup tiga akaun di Ambank, baki terakhir RM103,363.82

MALAYIAKINI


   
KES NAJIB l Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa bekas perdana menteri Najib Razak mengarahkan tiga akaunnya di bank itu - yang dibuka pada 31 Julai 2013 - ditutup pada Mac 2015.

Pengurus Ambank Jalan Raja Chulan, R Uma Devi juga mengesahkan tiga akaun bank terbabit - masing-masing bernombor 2112022011898, 2112022011880 dan 2112022011906AMPrivateBankingOneMy - mempunyai baki sebanyak RM103,361.17 apabila ia ditutup.


Dalam surat arahan penutupan akaun bertarikh 3 Mac 2015 itu juga, kata Uma Devi, Najib mengarahkan bank terbabit memindahkan baki wang berkenaan ke akaun bank milik Ihsan Perdana Sdn melalui sekeping cek bertarikh 9 Mac 2015.

Ihsan Perdana merupakan syarikat yang mengendalikan tanggungjawab sosial korporat bagi SRC International Sdn. Bhd.

Uma Devi juga memberitahu mahkamah mengenai pemindahaan berjuta-juta ringgit di antara tiga akaun Najib berkenaan sebelum ia ditutup.

Ini, katanya termasuk sekeping cek bernilai RM3.5 juta dikeluarkan kepada firma guaman Hafarizam Wan Aisha and Mubarak.

Katanya, cek tersebut bertarikh 21 Jan 2015 dan didebitkan sehari kemudian.

Bagaimanapun kata pegawai bank itu terdapat kesilapan dilakukan di pihak bank menyebabkan hanya RM3,500 saja dimasukkan ke akaun penerima.

Menurutnya, dia dimaklumkan ada tindakan untuk membetulkan kesilapan tersebut namun tidak pasti jika ia dilakukan oleh pusat pemprosesan cek Ambank.

Perbicaraan kes Najib membabitkan tujuh pertuduhan salah guna jawatan, pecah amanah dan menerima hasil aktiviti haram bernilai RM42 juta membabitkan dana syarikat SRC International.

Perbicaraan sedang berjalan.


Tiada ulasan: