HALAMAN SANTAI

Khamis, 25 April 2019

Badan-badan Islam harus waspada dengan anasir kumpulan pengganas – Anwar

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Semua badan-badan Islam harus berwaspada terhadap sebarang anasir golongan fanatik yang memupuk ideologi keganasan serta bergerak mempergunakan nama Islam.

Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata ia selaras dengan pegangan Islam yang membawa mesej kerukunan serta menentang segala bentuk keganasan.

“Saya mengutuk keras tindakan kumpulan militan Daesh yang mengaku melakukan siri serangan bunuh diri ke atas beberapa gereja dan hotel di Sri Lanka. Tindakan kejam itu sangat bertentangan dengan penegasan al-Quran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Insiden pengeboman di Sri Lanka pada Ahad lepas, menyebabkan lebih kurang 360 orang maut manakala beratus-ratus lagi cedera.

Pengeboman itu menyasarkan lapan lokasi termasuk gereja dan hotel lima bintang yang mana para penganut Kristian sedang meraikan Hari Easter di ibu kota komersial Colombo, bandar Negombo dan Batticaloa.

Anwar berkata sokongan moral juga perlu diberikan kepada seluruh keluarga mangsa tragedi berkenaan seperti yang ditunjukkan warga dunia ketika insiden serangan bersenjata di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand Mac lepas.

Tiada ulasan: