HALAMAN SANTAI

Sabtu, 27 April 2019

Najib jawab kenapa kerajaan BN setuju tapi tak ratifikasi Statut Rom


Bekas perdana menteri Najib Razak.
PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak membidas kenyataan Peguam Negara, Tommy Thomas bahawa kerajaan Pakatan Harapan menyambung keputusan meratifikasi Statut Rom susulan persetujuan pentadbiran Barisan Nasional sebelum ini.

Menerusi kiriman Facebook, Najib mengakui kerajaan semasa di bawah pentadbirannya pernah membincangkan mengenai perjanjian itu kerana ia menjadi tugas kerajaan membincangkan dan mempertimbangkan konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

“Namun, mengapa perbincangan kerajaan BN pada Mac 2011 masih tidak diratifikasi 7 tahun kemudian sehingga PRU14? Tentu ada sebabnya,” katanya merujuk pilihan raya umum ke-14.

“Ini kerana kerajaan BN mendengar dan menerima nasihat dari peguam negara pada masa itu bahawa ia ada kemungkinan akan bercanggah dengan perlembagaan dan undang-undang negara,”tambahnya.Hari ini, Thomas menerusi satu forum menegaskan keputusannya menasihati Putrajaya meratifikasi Statut Rom kerana keputusan itu pernah diputuskan Kabinet pada 2011.

Tommy berkata, berdasarkan perspektif perundangannya yang jelas, adalah sukar untuk tidak meratifikasi statut berkenaan, sekaligus menafikan tuduhan dan berita palsu yang dibawa pihak tertentu membabitkan Statut Rom.

Najib menambah, kerajaan BN berbeza dengan kerajaan PH kerana pentadbirannya tidak pernah mengumumkan Malaysia akan meratifikasi Statut Rom kepada dunia, dan kemudiannya menarik balik daripada meratifikasi perjanjian tersebut.

Kerajaan BN juga, katanya, tidak pernah menandatangani dokumen untuk meratifikasi statut Rom.

Tiada ulasan: