HALAMAN SANTAI

Isnin, 27 Mei 2019

[UPDATE] Mangsa belitan ular, keluar hospital

Safuri Kamarudin
 
 
 
IBU tunggal yang menjadi mangsa belitan ular sawa di Kampung Ulu Tawar Tengah, di Baling, semalam dibenarkan pulang selepas menjalani rawatan di Hospital Kulim (HM), hari ini.

Mangsa, Anifah Othman, 52, dibenarkan pulang ke rumah kerana didapati tidak mengalami kecederaan serius.

Dalam kejadian kira-kira 11 malam itu, mangsa nyaris maut selepas dibelit ular sawa di rumahnya.

Selepas bergelut hampir 30 minit, mangsa berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung dan dikejarkan ke hospital.

Anaknya, Mohd Rasul Abdullah berkata, ibunya hanya mengalami luka di kaki, tangan dan kepala sahaja.

“Emak cuma rasa lemah dan lenguh tetapi keadaan bertambah baik.

“Emak hanya luka kecil cuma rasa terkejut dengan kejadian yang berlaku,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Mohd Rasul berkata, ibunya kini menumpang di rumah saudara yang tidak jauh dari rumah mereka kerana keadaannya masih lemah.

“Mungkin emak terkejut menyebabkan dia rasa lemah. Namun dia selamat dan stabil,” katanya.

Mohd Rasul berkata, dia gembira apabila penduduk bercadang bergotong-royong membersih kawasan belakang rumah mereka yang semak dan berpaya.

Berita berkaitan:
  • Ular belit ibu sampai pinggang [METROTV]
  • Tiada ulasan: