HALAMAN SANTAI

Ahad, 26 Mei 2019

Ramadan eratkan UMNO- Pas

Wartawan MalaysiaGazette

suraya-yaacob-300x200
Suraya Yaacob
KUALA LUMPUR – Kerjasama UMNO-Pas semakin erat dan semakin terserlah sepanjang bulan Ramadan ini.

Ini kerana kedua-dua parti politik itu saling membantu dalam melaksanakan program-program kebajikan dan dakwah.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Suraya Yaacob berkata, para pemimpinnya juga semakin mesra kerana terlibat dalam penganjuran program yang sama.

“Sesungguhnya terlalu besar hikmah di sebalik apa yang berlaku pada tanggal 9 Mei tahun lalu. Keinsafan, pengorbanan, ketabahan, keikhlasan dan keazaman yang tinggi telah meningkatkan jati diri rakyat terutama masyarakat Melayu Islam untuk bangkit.

“Apatah lagi melihat kedudukan Islam dan kepentingan orang Melayu yang semakin terancam, umat Islam bangkit bersama UMNO-BN dan Pas sebagai wadah perjuangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Suraya, rakyat perlu menilai sendiri pentadbiran kerajaan setelah melihat keadaan huru-hara yang berlaku di depan mata mereka.

“Katanya ‘tidur sebantal, namun jelas mimpinya lain-lain”. Namun, apa yang UMNO-BN dan Pas dapat tawarkan hanyalah nafas baharu sebuah pentadbiran yang lebih baik berbanding dahulu dan sekarang,” ujarnya.

UMNO-Pas dilaporkan akan membentuk satu piagam kerjasama selepas Hari Raya Aidilfitri nanti bagi mewujudkan panduan jelas berkenaan hubungan kedua-dua buah parti. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: