MALAYSIAKINI
Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan Rais Yatim menggesa kerajaan menangani isu kematian dalam tahanan.
Memetik kematian M Proosothaman yang sebelum ini ditahan di penjara Sungai Buloh, Rais turut menggesa agar keadaan lokap tahanan diberi perhatian.
"Kematian meningkat dalam kalangan banduan semasa dalam tahanan.
"Terkini Proosothaman, (berumur) 26 tahun mati dalam tahanan di penjara Sungai Buloh. Suara ramai perlu didengar.
"Keadaan dalam lokap tahanan termasuk perubatan, kebersihan, makanan, rawatan, tabii penguatkuasa dan lain-lain masih jadi isu-isu teruja," katanya dalam kenyataan di Twitter hari ini.
Terdahulu, Lawyers for Liberty menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan ke atas kematian Proosothaman, yang meninggal dunia semalam.
NGO berkenaan mendakwa Proosothaman menderita akibat tuberkulosis dan hanya dihantar ke Hospital Sungai Buloh selepas tidak sedarkan diri.
Isu berhubung keadaan penjara di Malaysia sudah dibangkitkan aktivis sekian lama dengan menggesa kerajaan membuat pembaharuan menangani masalah berbangkit.
LIHAT TWITTER DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan