Mangsa masuk sendiri dalam mesin, sebelum ditutup oleh rakan
JOHOR BAHRU–
Seorang kanak-kanak perempuan berumur 9 tahun trauma selepas terperangkap dalam
mesin basuh automatik di sebuah kedai dobi layan diri di Taman Larkin Perdana
petang semalam.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan
Penyelamat Larkin, Mohd Kamil Zulkifli berkata, pihaknya menerima panggilan
kecemasan pada 4.38 petang, dan sebuah jentera bersama 8 anggota serta sebuah
Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digegaskan ke premis berkenaan bagi
bantuan menyelamat.
“Kejadian dipercayai berlaku ketika
kanak-kanak itu sedang bermain bersama rakan yang lain dalam kedai tersebut.
“Mangsa masuk sendiri ke dalam mesin
tersebut, sebelum ditutup oleh rakan yang lain,” katanya ketika dihubungi.
Kamil berkata, kejadian tersebut
disedari orang awam yang berada di premis berkenaan ketika hendak menggunakan
mesin basuh lalu menghubungi pihak berkuasa.
“Bomba mengambil masa 3 minit untuk
mengeluarkan mangsa dengan menggunakan ‘rescue tool’ dengan memotong kunci pada
penutup mesin basuh tersebut,” katanya.
Mangsa tidak mengalami sebarang
kecederaan dan tiada maklumat mangsa yang diperolehi. Kanak-kanak itu yang
trauma terus berlari balik ke rumah, katanya. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan