Dua pertiga rakyat negara ini menyokong larangan sementara oleh
kerajaan ke atas media sosial semasa krisis untuk mencegah maklumat
salah diedarkan, kata sebuah agensi tinjauan global.
Menurut Ipsos Global, kaji selidik dalam talian mereka yang merangkumi 27 negara mendapati bahawa 75 peratus rakyat Malaysia yang mengambil bahagian menyokong larangan itu, sedangkan peratusan di India adalah lebih tinggi dengan 88 peratus menyokongnya.
Dalam satu kenyataan, agensi itu berkata, bahawa hampir dua pertiga daripada responden dari Malaysia juga mengatakan bahawa mereka yakin dengan tindakan kerajaan untuk memutuskan bila masa yang sesuai untuk mengenakan larangan di media sosial.
"Malaysia adalah negara di
kedudukan ketiga tertinggi (di belakang India dan Arab Saudi) yang
mempercayai kerajaannya dalam memutuskan bila untuk menutup platform
media sosial.
“Hampir dua pertiga rakyat Malaysia (74 peratus) mempercayai atau yakin dengan kerajaan untuk memutuskan bila dan sama jika bersesuaian untuk menutup platform media sosial demi menghentikan penyebaran berita palsu semasa krisis," kata Ipsos Global.
Kenyataan itu berkata bahawa Ipsos Global Advisor memulakan tinjauan sebulan selepas serangan di Sri Lanka pada April lalu untuk memahami "sama ada memutuskan akses media sosial semasa krisis dapat diterima oleh penduduk majoriti pada umumnya".
Kajian itu melibatkan hampir 20,000 responden di 27 negara.
Menurut tinjauan itu lagi, 51 peratus rakyat global tidak mempercayai syarikat media sosial untuk memastikan kandungan fakta dalam platform mereka, manakala bagi rakyat Malaysia, 59 peratus bersetuju bahawa mereka mempercayai syarikat berkenaan berusaha dalam memastikan kandungan yang dikongsi di platform mereka adalah fakta.
Menurut Ipsos Global, kaji selidik dalam talian mereka yang merangkumi 27 negara mendapati bahawa 75 peratus rakyat Malaysia yang mengambil bahagian menyokong larangan itu, sedangkan peratusan di India adalah lebih tinggi dengan 88 peratus menyokongnya.
Dalam satu kenyataan, agensi itu berkata, bahawa hampir dua pertiga daripada responden dari Malaysia juga mengatakan bahawa mereka yakin dengan tindakan kerajaan untuk memutuskan bila masa yang sesuai untuk mengenakan larangan di media sosial.
Iklan
"Beberapa pasaran lain yang menyokong larangan sementara media sosial
itu adalah Arab Saudi (73 peratus), China (72 peratus) dan Great
Britain (69 peratus).
"Walaupun dapat
dilihat bahawa terdapat sokongan untuk menutup sementara media sosial,
namun hanya separuh daripada warga global yang ditinjau mengatakan
bahawa mereka mempercayai kerajaan negara masing-masing untuk memutuskan
bila untuk berbuat demikian dan sama ada adalah bersesuaian untuk
mematikan platform media sosial.
“Hampir dua pertiga rakyat Malaysia (74 peratus) mempercayai atau yakin dengan kerajaan untuk memutuskan bila dan sama jika bersesuaian untuk menutup platform media sosial demi menghentikan penyebaran berita palsu semasa krisis," kata Ipsos Global.
Kenyataan itu berkata bahawa Ipsos Global Advisor memulakan tinjauan sebulan selepas serangan di Sri Lanka pada April lalu untuk memahami "sama ada memutuskan akses media sosial semasa krisis dapat diterima oleh penduduk majoriti pada umumnya".
Menurut tinjauan itu lagi, 51 peratus rakyat global tidak mempercayai syarikat media sosial untuk memastikan kandungan fakta dalam platform mereka, manakala bagi rakyat Malaysia, 59 peratus bersetuju bahawa mereka mempercayai syarikat berkenaan berusaha dalam memastikan kandungan yang dikongsi di platform mereka adalah fakta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan