Seluruh Malaysia diisytiharkan sebagai kawasan larangan
pembakaran terbuka kecuali pembakaran mayat, pembakaran bagi tujuan
keagamaan, gril/ barbeku dan pembakaran gas mudah terbakar (flaring) berkuat kuasa serta-merta sehingga Monsun Barat Daya berakhir.
Larangan tersebut adalah di bawah kuasa yang diperuntukkan kepada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling di bawah Seksyen 29AA (2), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Semua pihak diminta tidak melakukan pembakaran terbuka atau membiarkan tanah atau premis kepunyaan mereka dimasuki atau dicerobohi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pembakaran terbuka untuk tujuan tertentu atau dengan tidak sengaja,” katanya.
Kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan, katanya.
Orang ramai diminta memberi kerjasama untuk memadamkan kebakaran kecil serta membuat laporan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Jabatan Alam Sekitar bagi sebarang aktiviti pembakaran terbuka yang dikesan, katanya.
Orang ramai boleh menghubungi Jabatan Alam Sekitar di talian 03-88891972 atau 1-800-88-2727 dan JBPM di talian 999 bagi melaporkan aktiviti pembakaran terbuka.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan