HALAMAN SANTAI

Khamis, 19 September 2019

'Assalamualaikum' buku Zaid Ibrahim tak lagi haram

MALAYSIAKINI

   

Kerajaan hari ini menarik balik perintah larangan terhadap penerbitan buku Assalamualaikum: Observations on the Islamisation of Malaysia karya bekas menteri, Zaid Ibrahim.

Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin membatalkan perintah itu melalui Warta Kerajaan PU(A) 255 bertarikh 18 Sept.

“Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 3010, menteri membatalkan larangan pencetakan, pengimportan, penghasilan,

penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan Assalamualaikum (May Peace Be Upon You): Observations On The Islamisation Of Malaysia,” katanya.

Pada Disember 2017, sebuah gazet kerajaan persekutuan menyatakan bahawa buku itu - diterbitkan pada tahun 2015 - adalah dilarang.

Larangan itu disiarkan melalui Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini) (No. 39) 2017 [P.U. (A) 395/2017].

Zahid ketika itu mendakwa kerajaan mahu melabelkan ideanya sebagai "berbahaya" susulan larangan terhadap buku tersebut.

Tambahnya, Islamisasi bukan mengenai Islam, ia adalah dasar awam di mana sesiapa saja boleh menyatakan pandangan mereka dengan bebas.

Selain buku Zaid, KDN pada November 2016 juga mewartakan perintah larangan terhadap 20 penerbitan atas alasan kandungannya mungkin memudaratkan keselamatan, ketenteraman, moral dan kepentingan awam serta menggemparkan fikiran orang ramai.

Ia juga dikatakan mengandung unsur-unsur yang mengelirukan umat Islam dan memudaratkan moral generasi muda.


Tiada ulasan: