Jenama semula Berjasa langkah strategik menangi hati pengundi muda

PARTI BERJASA yang berusia 42 tahun melakar sejarah yang tersendiri
apabila Mesyuarat Agung Luar Biasa berjalan dengan lancar semalam.
Mesyuarat
Agung Luar Biasa ini telah berjaya meluluskan usul pindaan terhadap beberapa
Fasal dalam Perlembagaan parti berusia lebih empat dekad ini.
Pindaan
perlembagaan parti yang diluluskan hari ini adalah bertitik tolak daripada
aspirasi Jawatankuasa Pusat BERJASA yang komited mahu memastikan proses
peremajaan parti berjalan dengan segera demi menarik minat masyarakat Melayu
Islam terutamanya generasi muda yang semakin lelah dengan suasana politik hari
ini.
BERJASA
bertekad untuk menjadi parti politik pilihan utama rakyat Malaysia dengan
menampilkan barisan kepimpinan yang segar, profesional, berintegriti dan
kompeten.
Sudah
tiba masanya, untuk generasi Malaysia berani beralih untuk memilih sebuah parti
politik yang baharu, jujur dan berprinsip demi mempertahankan serta memperkasa
identiti sebenar negara Malaysia yang kita semua cintai.
Salah
satu pindaan Perlembagaan yang diluluskan hari ini adalah penjenamaan semula
bendera dan logo parti yang akan tampil lebih unggul, menarik dan terkehadapan.
Bendera
dan logo baharu parti yang telah diluluskan bakal dilancarkan dalam satu majlis
penjenamaan semula BERJASA akan datang.
Semoga
Allah memberkati perjuangan Parti BERJASA.
* Hazwan Mohamad, Ketua Penerangan BERJASA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan