HALAMAN SANTAI

Rabu, 18 September 2019

Jangan ambil kesempatan naikkan harga topeng muka

Wartawan MalaysiaGazette

MGF17092019_Human-Interest-Sekolah-Jerebu_05
Sebahagian gelagat murid sekolah yang memakai topeng muka kerana terjejas akibat jerebu dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 163 API yang dipaparkan di laman sesawang apims.doe.gov.my sekitar jam 1 petang ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI
 

KUALA LUMPUR – Topeng muka adalah barang harga terkawal di mana harga maksimum telah ditetapkan untuk lima jenis di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Itu amaran Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kepada para peniaga ekoran ancaman jerebu pada masa ini.

Kelima-lima jenis topeng muka tersebut dan harga kawalannya seperti berikut;

(i) Topeng muka (pembedahan/perubatan1 lapisan (gelung telinga) – Harga borong, RM5 sekotak, harga runcit RM7 sekotak.

(ii) Topeng muka (pembedahan/perubatan)

2 lapisan (gelung telinga) – Harga borong RM8 ekotak, harga runcit RM10 sekotak dan RM0.20 sen seunit.

(iii)Topeng muka (pembedahan/perubatan)

3 lapisan (gelung telinga/gelung kepala) – Harga borong RM25 sekotak, harga runcit RM0.80 sen seunit.

(iv)Topeng muka (pembedahan/ perubatan)

3 lapisan (ikatan pada kepala) – Harga borong RM30 sekotak, harga runcit RM0.80 sen seunit.
(v)Topeng muka (pembedahan / perubatan) N95 – Harga borong RM100 sekotak, harga runcit RM6 seunit.

Justeru itu, menurut Saifuddin, sebarang pelanggaran di bawah peruntukan akta ini bagi kesemua jenis topeng muka yang

dinyatakan tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Perlu diingatkan juga, bagi topeng muka selain daripada lima jenis yang ditetapkan harga maksimum sepertimana di atas, kementerian masih mempunyai kuasa mengambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (bagi sebarang perlakuan menaikkan harga borong atau runcit topeng muka secara tidak munasabah),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Saifuddin, dari 12 hingga 18 September 2019, pegawai-pegawai penguat kuasa kementerian telah memeriksa 1,115 premis perniagaan yang menjual topeng muka di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, tiga amaran telah dikeluarkan dan satu tindakan telah diambil dengan jumlah rampasan bernilai RM 30 dan kompaun bernilai RM 200 dikenakan.

Kementeriannya, kata Saifuddin, akan meneruskan

pemantauan sepanjang musim jerebu dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga topeng muka secara tidak munasabah.

Tindakan tegas ini berdasarkan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan pihak pihak kementerian memohon kerjasama dan perhatian pihak yang terlibat dalam pembekalan
dan penjualan topeng muka agar membuat urus niaga secara berhemah dan mematuhi peruntukan harga maksimum topeng muka yang telah ditetapkan oleh kerajaan.- MalaysiaGazette


Tiada ulasan: