Neelofa
luah kesedihan atas situasi yang menimpa syarikat akhbar, Utusan Melayu
dan tawarkan peluang pekerjaan kepada yang memerlukan.
KUALA LUMPUR: Pengacara dan selebriti, Neelofa mengakui terkejut dengan situasi yang menimpa syarikat akhbar Utusan Melayu (M) Berhad melalui ciapan di lama Twitter miliknya pada Isnin.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor berkata, syarikat penerbitan berkenaan banyak membantu membina kariernya sejak awal pembabitan dalam lapangan seni tanahair.
“Saya mahu membalas budi baik mereka. Jika anda kenal sesiapa daripada bahagian sumber manusia atau mana-mana syarikat yang ingin mencari pekerjaan, tinggalkan butiran anda!,” katanya.
Terdahulu, lebih 100 kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad mengadakan piket di luar bangunan syarikat akhbar itu bagi menuntut gaji yang tertunggak sejak tiga bulan lalu pada Isnin.
Piket yang berlangsung selama satu jam bermula pukul 1 tengah hari itu diadakan secara aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan