HALAMAN SANTAI

Sabtu, 7 September 2019

Tradisi membaca boleh selamatkan surat khabar - Johan Jaaffar

Irwan Muhammad Zain, Astro Awani
Tradisi membaca boleh selamatkan surat khabar - Johan Jaaffar
Johan berkata di negara-negara maju, industri surat khabar masih boleh bertahan kerana rakyatnya mempunyai tradisi membaca yang kuat. - Foto Astro AWANI
 

PETALING JAYA: Sesebuah negara yang mempunyai tradisi membaca yang kuat boleh membantu menyelamatkan industri surat khabar.

Hujah Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar di negara-negara maju, industri surat khabar masih boleh bertahan kerana rakyatnya mempunyai tradisi membaca yang kuat.

Jelas beliau, di negara-negara maju tradisi membaca yang kuat itu menyebabkan akhbar-akhbar utama yang mempunyai kreadibiliti dapat bersaing dengan sosial media.
"Saya percaya bahawa dalam konteks negara-negara maju, mereka juga mempunyai masalah seperti kita.

"Tetapi oleh kerana mereka sudah 'established' dan mereka sudah mempunyai tradisi membaca yang kuat, walaupun persaingan datang dari media sosial, surat khabar yang penting masih boleh bertahan," katanya kepada Astro AWANI.
 

BACA: Utusan tidak boleh harapkan simpati semata-mata - Johan Jaaffar


Tiada ulasan: