Umno dan PAS mensasarkan 10,000 ahli serta penyokong akan hadir pada majis menandatangani piagam muafakat nasional sempena Himpunan Penyatuan Ummah membabitkan dua parti teras orang Melayu itu pada 14 Sept depan.
Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa, berkata muafakat itu akan menjadi alternatif baru kepada rakyat untuk membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Beliau berkata, perhimpunan itu akan turut disertai parti komponen BN termasuk MCA dan MIC serta rakan gabungan PAS dalam Gagasan Sejahtera.
"Tak kurang 10,000 dijangka akan hadir membabitkan pemimpin parti, ahli serta penyokong kedua-dua parti dan juga parti sahabat.
Hadir sama Setiauasaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan.
Sebelum ini Umno dan PAS menjalinkan "taawun siyasi" yang bermaksud kerjasama politik secara rasmi selepas BN tewas pada PRU ke-14 lalu.

Ia
sekali gus menamatkan permusuhan politik antara kedua-dua parti
berteraskan Melayu itu yang telah berlarutan puluhan tahun lamanya.
Kerjasama dengan PAS turut menghubungkan parti Islam itu dengan komponen BN iaitu, MCA dan MIC.
'Bukan Islam tak perlu gusar'
Bagaimanapun katanya, bukan Islam tidak perlu gusar kepada penyatuan ini kerana Islam mengajar pemimpinnya berlaku ada pada semua.
“Mungkin peristiwa penyatuan kerjasama politik ini bakal menggusarkan Pakatan Harapan (PH).
"Kami tidak kisah, kerana kerjasama ini menjurus kepada persiapan PRU ke-15.
“Kerjasama Umno dan PAS ini tidak seharusnya menjadi kekhuatiran kepada masyarakat bukan Islam di negara ini kerana ajaran Islam sentiasa mengambil berat akan kebajikan dan masa depan semua kaum,” katanya.
Terdahulu,
kedua-dua parti mengadakan mesyuarat jawatankuasa pelaksana Himpunan
Penyatuan Ummah membabitkan pemimpin daripada kedua-dua belah pihak.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan