Perangai DAP tak akan mengaku salah, selagi boleh pusing, mereka pusing
BANGI – Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy, tidak
profesional apabila mempertikai keputusan kerajaan mempertahan penggunaan SOSMA
dalam penahanan individu yang didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan
pengganas Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE).
Presiden
Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Datuk Ramesh Rao berkata, pemimpin
DAP itu sepatutnya menghormati undang-undang negara dan tidak mempertikai tugas
serta kredibiliti pihak polis.
“Tindakan
Ramasamy tidak profesional. DAP ini bila libatkan mereka, mereka melompat.
Sepatutnya hormatlah undang-undang negara, jangan cabar polis dan tuduh polis
zalim.
“Ramasamy
jangan bertindak macam beruk. Kamu dah tahu kesalahan dalam parti DAP, mereka
dah langgar undang-undang,” katanya dalam wawancara Kerusi Panas di TV Pertiwi,
semalam.
Mengulas
lanjut, Ramesh berkata, DAP mempunyai ‘perangai semula jadi’ dan telah pun
dilatih untuk tidak mengaku bersalah.
“Mereka
dilatih bila dah bersalah mereka kena lawan balik. Mereka terpaksa melawan
balik seolah-olah pihak yang mendakwa mereka yang bersalah, ini perangai DAP.
“Mereka
tak pernah mengaku. Mereka akan pusing, mana mereka boleh pusing, mereka
pusing,” katanya.
Sebelum
ini, Ramasamy dilaporkan bertegas mendesak supaya polis berhenti menggunakan
Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), termasuk
penangkapan dua ADUN parti tamak haloba, yang didakwa mempunyai kaitan dengan
LTTE, baru-baru ini.
Beliau
turut menggesa kerajaan menghapuskan SOSMA, kononnya tidak selaras dengan
manifesto Pakatan Harapan sebelum ini yang berjanji mahu menghapuskan akta itu.
“Sepatutnya
sesiapa yang ditangkap itu perlu dibawa ke mahkamah dan didakwa atas apa-apa
jenayah yang mungkin dilakukan mereka dan bukannya penahanan tanpa
perbicaraan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan