Majikan
diwajibkan mendaftarkan pekerja asing di bawah Skim Bencana Kerja
Pekerja Asing yang diperkenalkan oleh Perkeso mulai 1 Januari 2020. -
Gambar hiasan AFP
KOTA KINABALU: Bermula 1
Januari depan, majikan di negara ini diwajibkan untuk mendaftarkan
pekerja asing di bawah Skim Bencana Kerja Pekerja Asing (SBKPA) yang
diperkenalkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), kata
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar.
Beliau berkata, bermula dari tarikh itu, pekerja asing wajib didaftarkan dengan Perkeso walaupun masih sah dilindungi di bawah Skim Pampasan Pekerja Asing (SPPA).

"Setakat September lalu, seramai 1.01 juta pekerja asing telah
berdaftar di seluruh Malaysia dan 78,952 daripadanya adalah pekerja
asing yang berdaftar dengan Perkeso di Sabah.
"Jumlah pekerja asing yang telah mendaftar dengan Perkeso masih tidak sampai separuh daripada kira-kira 2.1 juta pekerja asing yang sah berdaftar dan bekerja di negara ini sehingga September lalu," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Krismas Perkeso 2019, di sini, hari ini.

Beliau meminta agar semua majikan yang menggaji pekerja asing supaya
mematuhi peraturan berkenaan dan bertindak segera mendaftar dengan
Perkeso.
Katanya, skim berkenaan bukan saja bermanfaat untuk pekerja asing, malah turut membantu majikan dalam mengurangkan kos rawatan dan perubatan sekiranya pekerja asing terbabit ditimpa kemalangan semasa bekerja.
Sementara itu, Mahfuz berkata, seramai 1,572 individu yang kehilangan pekerjaan di Sabah sebelum ini dapat kembali bekerja menerusi temuduga kekosongan jawatan bersempena Karnival Pekerjaan Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) Perkeso di negeri ini pada 2 November lepas.
"Sepanjang tahun ini, lebih 20,000 kekosongan kerja dapat diisi menerusi karnival ini di seluruh negara," katanya. - BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan