Polis akan mendapatkan pandangan daripada MMC berhubung laporan bedah siasat Muhammad Adib.
SHAH ALAM: Pandangan Majlis
Perubatan Malaysia (MMC) diperlukan untuk menilai percanggahan laporan
oleh dua pakar perubatan mengenai bedah siasat anggota bomba yang
terkorban dalam insiden rusuhan, Muhammad Adib Mohd Kassim.
Itu penjelasan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed terhadap siasatan kematian Muhammad Adib.
Tambahnya, polis akan mendapatkan pandangan daripada MMC berhubung laporan bedah siasat Muhammad Adib.
“Kita akan memohon kepada MMC untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai laporan bedah siasat yang dikeluarkan oleh dua pakar bedah,” ujar Huzir.

Selain itu Huzir berkata, Unit Siasatan Tempat Kejadian Jenayah (CSI)
Makmal Forensik Bukit Aman juga akan membuat prosedut 3D Scanner iaitu
salah satu proses lakonan semula bagi mendapatkan gambaran sebenar
kejadian.
Jelasnya, beberapa individu termasuk pakar perubatan forensik HKL Dr Ahmad Hafizam Azmi juga akan dipanggil semula bagi merakam keterangan.

Sementara itu dalam kes berasingan, Huzir berkata dua pakar sejarah
telah dikenal pasti untuk pihaknya mendapatkan rujukan mengenai
perhimpunan Parti Komunis Malaya (PKM) dan abu mayat Chin Peng.
“Polis akan merujuk kepada pakar sejarah ini kerana mereka lebih mengetahui fakta mengenai Komunis, kekejaman Komunis dan sebagainya,” ujar Huzir.
Huzir berkata, setakat ini seramai 14 individu telah dipanggil memberi keterangan berhubung perhimpunan PKM di Kajang, Selangor tempoh hari.
Manakala 10 individu pula dipanggil berkaitan kes abu mayat Chin Peng termasuk wartawan dan editor Malaysiakini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan