Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata,
setakat ini pihaknya masih lagi belum melihat akuan bersumpah
berkenaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis akan
meneliti Surat Akuan Bersumpah (SD) bekas anggota Unit Tindakan Khas
(UTK), Azilah Hadri yang mendakwa arahan membunuh wanita warga Mongolia
Altantuya Shaariibuu datang daripada bekas perdana menteri Datuk Seri
Najib Razak yang ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri dan rakan
rapatnya, Abdul Razak Baginda.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, setakat ini pihaknya masih lagi belum melihat akuan bersumpah berkenaan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, setakat ini pihaknya masih lagi belum melihat akuan bersumpah berkenaan.
“Kita belum tengok lagi SD itu kecuali kamu boleh bawa kepada kami,
kami akan tentukan kemudian. Kesahihan (SD) pun belum tahu,” katanya
dalam sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini
hari ini.
Dalam akuan bersumpah itu Azilah antara lain mendakwa Ahli Parlimen Pekan itu mengarahkannya “tangkap dan hapuskan” Altantuya, yang menurutnya, diberitahu sebagai seorang “perisik asing” dan “berbahaya kepada keselamatan negara”.

BACA: Arah Azilah bunuh Altantuya, ini reaksi Najib Razak
BACA: 'My father is not a murderer' - anak perempuan Najib Razak
Dakwanya lagi, dia dan pegawai polis Sirul Azhar Umar hanya mengikuti arahan “shoot to kill” (tembak mati) sebagai anggota pasukan UTK untuk polis.
Perincian itu dimasukkan dalam permohonan yang difailkannya kepada Mahkamah Persekutuan bagi menyemak semula keputusan bersalah dan hukuman mati terhadapnya.
Dia juga memohon perbicaraan semula bagi mengemukakan bukti penuh berkaitan operasi sulit itu di mahkamah terbuka supaya “keadilan dapat ditegakkan”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan