Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Abu Ching Peng setara musuh Islam paling tegar seperti Abu Lahab
TERUJA
membaca berita Malaysiakini bertajuk ‘Persatuan Pendamai Hat Yai: Abu Chin Peng
isu kecil yang sengaja dipolitikkan’. Abu Chin Peng atau abu mayat Chin Peng?
Saya fikir media ultra kiasu sengaja menggunakan istilah Abu selepas nama Chin
Peng menjadi Abu Chin Peng supaya setara dengan nama Abu Bakar.
Sedangkan
Abu Ching Peng setara dengan abu-abu yang menjadi musuh Islam paling tegar
seperti Abu Lahab dan Abu Jalal.
Ultra
kiasu merasa hairan kenapa rakyat Malaysia tidak dapat menerima Chin Peng
seperti mana negara Thailand. Thailand begitu terbuka menerima komunis Chin
Peng. Kenapa tidak kita di Malaysia? Sedap betul cakap ultra kiasu ini.
Mentang-mentang ultra kiasu berada dalam Kabinet, bukan main lagi lagak
cakapnya.
Jika
Thailand terbuka dengan komunis, itu tidak bermakna Malaysia perlu ikut rentak
Thailand. Negara Thailand tidak pernah dijajah. Negara Thailand tidak merasai
dizalimi, dibunuh dan dianiayai komunis, berbanding negara kita.
Pengerusi
Gabungan Persatuan Pendamai Hat Yai, Indrajaya Abdullah, yang juga menantu
Abdullah CD, pemimpin komunis berbangsa Melayu berkata, abu mendiang Chin Peng
sengaja dipolitikkan oleh sesetengah pihak di Malaysia.
Malah
Inderajaya turut berkata, sempena majlis Memperingati Ulang Tahun ke-30
Perjanjian Damai Hat Yai 1989 di Songkla, Thailand, rakyat Malaysia yang
terdiri daripada pelbagai kaum sepatutnya lebih bertoleransi dalam isu ini.
Pengalaman
di Thailand menunjukkan komunis berasa sangat bebas dan tidak ada apa-apa
diskriminasi dalam hal ini. Jika begitu keadaannya, tinggal sahaja di Thailand,
kenapa perlu kembali ke Tanah Melayu di sini. Negara kita mempunyai sejarah
sangat hitam dengan komunis.
Catatan
sejarah membuktikan, sepanjang zaman darurat pada 1948 hingga 1960 dan 1968
hingga 1989, pelbagai kekejaman dilakukan komunis terhadap anggota keselamatan
negara serta orang awam. Komunis membunuh sebanyak 2,083 anggota keselamatan
negara dan mencacatkan 3,541 anggota lain manakala sebanyak 2,588 orang awam
pula dibunuh dengan 1,490 yang lain cedera.
Begitulah
jahatnya komunis yang diketuai Chin Peng. Siapa kata komunis ini pejuang atau
hero kemerdekaan? Penentangan Cina komunis terhadap Jepun bukan mahu
memerdekakan negara, tetapi lebih kepada permusuhan panjang antara kedua negara
ini. Justeru, saya cukup hairan dengan mereka yang terpengaruh mengatakan
komunis ini pejuang.
Hanya
ultra kiasu komunis sahaja yang mengiktiraf komunis itu pejuang. Sebab itu
abunya dibenarkan bawa masuk. Ketua komunis yang yang meninggal dunia pada 2013
akhirnya dikatakan dapat “kembali ke rumah” pada 16 September sempena Hari
Malaysia. Satu perancangan yang cukup halus, licik dan berstrategi. Menunjukkan
kemenangan komunis kembali ke tanah air ini.
Menurut
kumpulan pengurusan abu mayat, abu mayat Chin Peng dibawa pulang oleh mereka
dari Thailand ke Malaysia dua bulan lalu dan ditabur ke laut dan gunung di
tanah kelahirannya. Kenapa baru sekarang uar-uarkan abu mayat setelah lebih dua
bulan? Kenapa selepas kekalahan teruk dalam PRK Tanjung Piai, baru diberitahu?
Untuk
makluman, pihak kerajaan telah menandatangani perjanjian damai atau meletak
senjata dengan PKM di Hatyai, Thailand pada 2 Disember 1989. Namun, itu bukan
bermakna kekejaman komunis mampu dihapuskan dalam lipatan kenangan dan sejarah
tanah air. Ultra kiasu masih menganggap komunis sebagai hero.
Pada
2 Disember 2019, sambutan diadakan, di Hotel Lee Garden itu dihadiri sekitar
1,000 orang bekas dan ahli keluarga komunis. Turut dihadiri senator Thailand,
dan bekas Panglima Tentera Thailand dan bekas anggota PKM dari Thailand.
Ingin
saya bertanya, adakah persatuan yang menganjurkannya, Gabungan Persatuan
Pendamai Hat Yai, berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS)? Tersangat
musykil jika berdaftar. Atas alasan apa RoS meluluskan pendaftaran pertubuhan
komunis ini? Jika tidak berdaftar, ini perhimpunan haram oleh pertubuhan haram.
Polis mesti segera bertindak.
Ideologi
komunis sangat bertentangan dengan Islam. Berhati-hatilah terhadap tipu daya
komunis yang mempropagandakan seolah-olah Islam sama seperti komunisme. Tujuan
mereka sebenarnya ialah untuk mempengaruhi umat Islam supaya menyokong
usaha-usaha mereka untuk menjajah negara ini apabila hasrat mereka dahulu tidak
tercapai.
Justeru,
saya memohon kerajaan segera tangani komunisme ini daripada merebak. Abu mayat
Chin Peng, satu hal. Bagaimana pula dengan tugu komunis yang dibina dalam Taman
Peringatan Nilai? Kenapa tidak dirobohkan? Boleh dikatakan semua pemimpin parti
Cina pernah bertafakur di hadapan tugu komunis. Tanya presiden MCA jika tidak
percaya?
Justeru,
saya mohon kepada pihak berkuasa, segera tangani ideologi dan gerakan komunis
daripada terus merebak.
Pertamanya,
tangani dan kawal perjalanan SJKC, SMJKC, SPC, Kolej Universiti New Era, Kolej
Unversiti Han Chiang dan semua institusi pendidikan di bawah kawalan Dong Jiao
Zong. NGO ini membawa pemikiran komunis.
Sehari
sebelum ‘reunion’ bekas komunis ini, di Kolej Universiti New Era College,
Kajang, perhimpunan yang sama telah pun diadakan. Ingat! Sebahagian besar
pelajar SJKC, SMJKC, SPC, belajar di sini.
Pada
30 November 2019, perhimpunan turut diadakan di Dewan Persatuan Bola Keranjang
Kuala Langit, Banting, atas nama Konvensyen Kebangsaan Persahabatan
Berpanjangan Kali Ke-12 oleh Persatuan Persahabatan Lao You, Banting Selangor.
Ahli-ahli
persatuan komunis ini begitu berani menyentuh dasar-dasar kerajaan. Antaranya
menyentuh pertambahan jumlah kakitangan awam adalah tidak sihat kepada
pertumbuhan ekonomi, terutama sekali melibatkan pembiayaan pencen yang tinggi.
Komunis
ini turut menyelar orang Melayu dan Bumiputera dengan mengatakan pembayar cukai
di kalangan orang Melayu Semenanjung dan Bumiputera Sabah Sarawak adalah
terlalu rendah bagi menampung pertumbuhan ekonomi negara. Orang Islam dikenakan
zakat namun zakat hanya untuk membantu orang Islam yang miskin sahaja.
Sedangkan zakat itu pula tidak dikenakan cukai.
Komunis
ultra kiasu juga turut mendesak agar Tun Dr Mahathir Mohamad segera melepaskan
jawatan Perdana Menteri yang sedang disandangnya kepada Datuk Seri Anwar
Ibrahim yang disokong kuat oleh ultra kiasu.
Pemimpin
komunis tegar turut menyeru kepada semua pemimpin Cina agar memperhebatkan
kempen terutama dalam isu pendidikan Cina demi masa hadapan masyarakat Cina di
Malaysia. Kenapa? Di sinilah kubu ideologi komunis ditanamkan.
Dalam
sambutan majlis di Kolej Universiti New Era, komunis-komunis ini turut memberikan
sumbangan bernilai RM40,000 kepada kolej tersebut yang turut bersama
menganjurkan perhimpunan haram komunis ini.
Kolej
komunis ini juga turut menerima sumbangan begitu besar daripada kerajaan hari
ini. Kolej komunis ini juga mendesak kerajaan mengkaji semula buku teks sejarah
mengikut naratif Malaysia baharu.
Insiden
nyanyian lagu Negaraku, versi Cina, di salah sebuah SJKC Seremban sepatutnya
menjadi pengajaran kepada kita semua. Komunis sentiasa hidup dalam versi yang
berlainan.
Lingapura
tetap kekal, “Majulah Singapura”, tanpa diubah walau sedikit meskipun telah
berpisah dengan Malaysia pada tahun 1965. Begitu ‘command’ tentera tetap kekal
dalam bahasa Melayu.
Seteruk-teruk
ultra kiasu Singapura, mereka tetap hormati jati negara dan lagu negara mereka.
Kekal dalam bahasa Melayu. Teramat-amat hina sekali jika ada rakyat Malaysia
yang melakukan perkara ini.
Semua
bukti ini menunjukkan ada beberapa Sekolah Cina (SJKC, SMKJC), Sekolah
Persendirian Cina (SPC), Institusi Pendidikan Tinggi Cina seperti Kolej
Universiti New Era, Kolej Universiti Han Chiang menjadi pusat pemikiran
ideologi komunis.
Polis
hendaklah segera menyiasat semua institusi pendidikan Cina terutama yang ada
kaitan langsung dengan Dong Jiao Zong, pertubuhan komunis ini.
Pusat Pengajian Teras Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan