HALAMAN SANTAI

Selasa, 10 Disember 2019

Seremban, PD alami gangguan bekalan air akibat tumpahan minyak

Seremban dan Port Dickson mengalami gangguan bekalan akibat 
tumpahan minyak di Sungai Linggi.
 
SEREMBAN: Sebahagian kawasan di Seremban dan Port Dickson mengalami gangguan bekalan air ekoran pemberhentian segera operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi milik Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) akibat insiden tumpahan minyak di Sungai Linggi, semalam.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Sains, Norzita Ismail dalam satu kenyataan hari ini berkata penutupan LRA berkenaan akibat penemuan kes pembuangan minyak di Sungai Linggi yang dilakukan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Katanya, di daerah Seremban antara kawasan yang terjejas ialah Taman Pinggiran Senawang, Sekolah Dato’ Abdul Razak, RTM, Ladang Batu 11, Kilang GMP, Hentian R&R Senawang, Senawang Perdana, Taman Ulu Lalang, Kampung Solok, Kg. Ribu, Kg. Sega Ulu, Kg. Sega Hilir, Jalan Kuala Sawah, Ladang Kuala Sawah, Kg. Nyatoh, Rumah Rakyat Nyatoh dan Pekan Kuala Sawah.

Selain itu, Kg Belangkan, Industri Nilam Ribu, Tmn Bandar Ekar, Pekan Rantau, Kg Takau, Kg Pening, Kg Kancong, Tmn Rantau, Jln Air Kuning, Tmn Permata, Kg Linsum, Kg Siliau Hulu, Kg Siliau Hilir, Ladang Siliau, Kg Sg. Sendayan dan kawasan sekitar turut mengalami gangguan bekalan air.

Daerah Port Dickson pula melibatkan seluruh kawasan PD Water Front dan seluruh Pekan PD, Golf & Country Club, PD Perdana, Desa Lagun Resort, Kem-kem Bt 5 Jln Pantai, Selesa Beach Resort, Tanjung Tuan Resort, Bayu Beach Resort, Kem-kem Bt 4 Jln Pantai, Hotel Seri Malaysia, Hotel Avillion, Hotel Risda, Kilang Cabot, Hotel Corus, Hotel Sunshine Bay, Sekolah SDASA, Petron Refinery, Shell Refinery (Line 1&2), Pusat Hemodialisis Bt 1 Jln Pantai.

Turut terjejas ialah TNB (Tuanku Jaafar), Hotel Leparis, Klinik Kesihatan (Hospital Lama), Seafront Hotel, Hotel Lexis, Glory Beach Resort, Hotel Grandpa Dataran Segar, seluruh kawasan Pekan Lukut sehingga seluruh kawasan Spring Hill, Kualiti Alam & Jimah Power Plant, dari Escort Estet, Kg Sawah Sunggala, Bandar Sunggala, Kawasan Tmn Sirusa Jaya Bt 6 Jln Pantai, seluruh Kawasan Bt 5 Jln Pantai, Kg Baru Sirusa, Jln Sua Betong, Tmn Desa PD, Kg Barisan, kawasan Air Kuning sehingga kawasan Tampin Linggi.

Selain itu, dari kawasan Batu (Bt) 4 Jln Pantai, kawasan Kg Bagan Pinang, Tmn PD Utama, Tmn Raja Zainal, Tmn Too Kee Kah, Transit Kuarters, Jln Shell Refinery, Happy Garden, kawasan Bt 1, Jln Pantai sehingga seluruh kawasan Pekan PD, dari Pekan PD Jln Lama, Kg Chokra, Tmn Muhibah, Tmn Puteri, Kg Arab, Tmn PD Akasia, Kg Air Meleleh, Kg Gelam, Tmn PD Tropika, Tmn Sri Mawar dan Jln Bypass.

Kawasan Kg Paya, Tanjung Gemok, Tmn Kiara, Tmn Sri Intan, Tmn Ria, Tmn Negeri Lama & Baru, Tmn Pantai Mas, Kg Kuala Lukut, Bandar Dataran Segar, Tmn Sentosa Lama & Baru, Tmn PD Jaya, Tmn Naga, Tmn Indah Baru, Tmn Bandar Baru, Tmn Indah Wang, Tmn Aman, Tmn Bukit Tinggi, Rumah Rakyat Pekan Lukut, Tmn. Desaru, kawasan Sri Parit, Tmn Indah Jaya, Perindustrian Lukut Indah, turut terjejas.

Kawasan lain ialah Tmn Wawasan, Tmn Jaya, Tmn Tun Sambathan, seluruh kawasan Pekan Lukut sehingga kawasan Spring Hill, kawasan Bt 6 Jln Seremban, Bt 7 Jln Seremban sehingga kawasan Simpang Siliau, dari simpang Bukit Palong, Perindustrian Bukit Palong, Tmn Lukut Makmur, Tmn D’Pinggiran Kota, Tmn Ambang Kota, Perindustrian Perdana Bukit Palong, Kebun Jimah, Jimah Lama, Kg Cina Site C Tanah Merah, Tmn Jimah Jaya, Tanah Merah Site C, seluruh kawasan Bukit Pelandok dan seluruh kawasan Chuah.

Beliau berkata pemberhentian proses rawatan air di loji itu dijangka mengambil masa yang lama untuk merawat bekalan air mentah yang telah tercemar.

“Sains akan berusaha untuk mengurangkan gangguan kepada kawasan pengguna dan memohon kerjasama serta pemahaman semua pihak dalam hal yang tidak dijangkakan ini,” katanya.

Pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Sains di talian bebas tol 1-800-88-6982.

Tiada ulasan: