Wan Syamsul Amly
Sumber
memaklumkan, Ahmad Zahid turut menggunakan kuasa vetonya
semasa
membincangkan isu tawaran jawatan TPM dari UMNO dalam PN.
- BERNAMA
KUALA LUMPUR:
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi didakwa menggunakan kuasa vetonya selaku
Presiden UMNO untuk menghalang Barisan Nasional (BN) daripada bergabung
dengan Perikatan Nasional (PN).
Ia
dilakukan walaupun majoriti ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu
memutuskan sebaliknya, menurut sumber MT UMNO yang hadir pada mesyuarat
di Janda Baik, Pahang, pada Jumaat lalu.
Katanya,
Ahmad Zahid ternyata 'melanggar' keputusan majoriti untuk menggunakan
formula Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada pada Pilihan Raya Umum
ke-15 (PRU15) akan datang.
"Ahli-ahli MT bersetuju untuk bergabung dengan PN atas nama BN. Maknanya, kita buat seperti yang dilakukan semasa PRN Sabah.
"iaitu,
BN dan PN dalam suatu gabungan yang sama, untuk menghadapi PRU15. Jadi,
tidak ada pertembungan tiga penjuru nanti," katanya hari ini.
Pada
PRN Sabah lalu, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibarisi PN dan BN
bersama PBS, mendapat keseluruhan 38 kerusi dan Warisan PLUS memenangi
32 kerusi, manakala tiga calon Bebas menguasai DUN Kuamut, Kemabong
serta Pitas.
Pada Jumaat, mesyuarat MT digambarkan penting dalam mencorak hala tuju parti Melayu itu menjelang PRU15.
Mesyuarat
itu difahamkan turut menyentuh mengenai persetujuan melantik Timbalan
Perdana Menteri (TPM) daripada UMNO dalam usaha mengukuhkan parti itu.
Bagaimanapun,
selepas lebih tiga jam mereka bermesyuarat di Institut Latihan
Memperkasakan Ummah (ILMU) di Janda Baik itu, tiada sebarang kenyataan
dibuat oleh mana-mana ahli MT.
Dalam pada
itu, sumber berkenaan memaklumkan, Ahmad Zahid turut menggunakan kuasa
vetonya semasa membincangkan isu tawaran jawatan TPM dari UMNO dalam PN.
"Beliau
(Ahmad Zahid) menggunakan kuasa veto presiden untuk menghalang parti
menerima jawatan tersebut meskipun dipersetujui oleh sebahagian ahli MT
yang hadir.
"MT juga telah bersetuju
untuk menerima jawatan itu tetapi malangnya presiden menolak semua
cadangan berkenaan daripada ahli-ahli MT," jelasnya.
Pada
Disember 2018, Ahmad Zahid bersetuju ‘bercuti rehat’ dan menyerahkan
tugas Presiden UMNO kepada timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Penganalisis
Dr Achmad Dzariean Mohd Nadzri sebelum ini menegaskan, kepercayaan ahli
UMNO akan pudar kepada Ahmad Zahid seandainya benar beliau menulis
surat kepada Yang di-Pertuan Agong menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim
sebagai perdana menteri yang baharu.
Kata
felo penyelidik Institut Kajian Politik Malaysia Universiti Utara
Malaysia (UUM MAPAN) itu, ia sekali gus akan memberi kesan besar dan
isyarat tidak baik kepada parti itu sendiri.
Presiden
Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Tan Sri Abdul Aziz Rahman
sebelum ini berkata, UMNO perlu mengutamakan survival politik Melayu
Islam.
Ujarnya, UMNO dikhuatiri bakal
tumbang malah mungkin tidak mampu lagi untuk bangkit sekiranya berlaku
pertembungan tiga penjuru membabitkan rakan sekutu dan pembangkang dalam
PRU15 nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan