Syah Hairizal Kamalul Arifin
Bung
Moktar (kiri) bercakap pada sidang media selepas Majlis Sambutan
UMNO
Sabah Ke-30 di Kota Kinabalu, 20 Feb, 2021. - Astro AWANI
KOTA KINABALU:
Politik perkauman adalah satu tindakan memecah belah perpaduan dalam
masyarakat majmuk di negara ini, kata Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Menurut
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah itu, UMNO adalah pertubuhan yang
memperjuangkan kesamarataan dan menjaga kepentingan semua kaum.
"Sebetulnya politik perkauman ini memang tidak baik. Sebab itu, UMNO ini semua bangsa ada, dan berbilang agama.
"Dan
UMNO Sabah tidak pernah memainkan isu-isu perkauman, bahkan kita
menjaga kepentingan semua kaum sama ada yang beragama Islam atau bukan
islam.
"Kita memberi layanan yang sama rata," katanya pada sidang media selepas Majlis Sambutan UMNO Sabah Ke-30 di sini semalam.
Berhubung
kenyataannya sebelum ini berkenaan 14 kerusi Parlimen yang akan
ditandingi Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-15
(PRU15), Bung berkata, beliau hanya menyampaikan suara akar umbi.
Namun, jelasnya, keputusan akhir adalah tertakluk kepada hasil perbincangan bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
"Semuanya kena bincang,sebab perlu melalui gabungan ini. Semuanya melalui perbincangan.
"Cuma
yang saya utarakan itu adalah cadangan dari akar umbi dan kita
sampaikan, tetapi akhirnya kita akan memutuskannya melalui satu
perbincangan," jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan