Astro Awani
Tegas
Masing, GPS adalah sebuah gabungan yang kuat, teguh dan mempunyai
objektif yang difahami oleh rakyat negeri ini. FOTO: Astro AWANI
KUCHING:Parti
pembangkang di Sarawak tidak akan mampu menjatuhkan parti pemerintah,
Gabungan Parti Sarawak (GPS) menerusi Pilihanraya Negeri ke-12 (PRN-12)
akan datang.
Demikian keyakinan Presiden
Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri Dr James Jemut Masing yang
menyifatkan rakyat negeri itu bijak menilai janji yang ditaburkan parti
pembangkang di sana.
“GPS adalah sebuah gabungan yang kuat, teguh dan mempunyai objektif yang difahami oleh rakyat negeri ini.
“Bukan
seperti parti pembangkang yang hanya pandai bercakap dengan menabur
pelbagai janji untuk direalisasikan dan perkara ini sama sahaja dengan
janji yang pernah ditaburkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum
Pilihan Raya Umum ke-14.
“Rakyat Sarawak sudah terbiasa dan bijak menilai terhadap janji yang ditaburkan pembangkang,” kata Masing.
Tambah
Masing yang juga Timbalan Ketua Menteri, di bawah pentadbiran GPS,
banyak projek pembangunan dan akses jalan raya telah dilaksanakan untuk
warga negeri itu.
Ia merupakan bukti jelas komitmen kerajaan negeri dalam melaksanakan janji demi kesejahteraan rakyat.
“Kerajaan negeri ketika ini sudah banyak membina akses untuk menuju ke bahagian pedalaman.
“Untuk
Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) akan datang, kita akan lebih
memfokuskan kepada pembangunan infrastruktur terlebih dahulu sebelum
membangunkan kawasan pedalaman,” tambahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan