Abd Razak Mohd Ali
Difahamkan pemimpin itu dipanggil SPRM pada pagi Selasa untuk membantu
siasatan agensi berkenaan. - Gambar fail
IPOH:Parti
Keadilan Rakyat (PKR) Perak berharap semua pihak tidak membuat sebarang
spekulasi berhubung laporan penahanan seorang pemimpin kanan PKR negeri
itu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pengerusi
PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, berkata beliau
dimaklumkan pemimpin itu dipanggil SPRM pada pagi Selasa untuk membantu
siasatan agensi berkenaan.
Menurutnya, semua pihak diminta bertenang mengenai perkara tersebut.
"Kami
berharap siasatan akan dijalankan secara telus dan semoga proses
perundangan berjalan secara lancar tanpa sebarang campur tangan,"
katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Terdahulu, portal Malaysiakini yang
memetik sumber dalaman parti itu, melaporkan, SPRM telah menahan lelaki
itu pada pagi Selasa selepas dia dipanggil ke pejabat agensi berkenaan
untuk memberi keterangan.
Menurut laporan
yang belum disahkan itu, sumber mendakwa bahawa lelaki itu ditahan atas
alasan membantu siasatan berkaitan projek pembangunan di Perak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan