HALAMAN SANTAI

Rabu, 17 Februari 2021

Tak perlu resah, UMNO ada hala tuju jelas, strategi - Ahmad Zahid .

Ridauddin Daud
Tak perlu resah, UMNO ada hala tuju jelas, strategi - Ahmad Zahid
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohamad Hasan, 
kedua-duanya kini menerajui UMNO sebagai Presiden dan Timbalan 
Presiden. Parti itu, kata Ahmad Zahid mempunyai hala tuju yang jelas 
untuk menghadapi PRU-15. - Gambar Facebook
 
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa UMNO yang diterajuinya ketika ini mempunyai hala tuju yang jelas meskipun terdapat dakwaan parti berkenaan seolah-olah tiada hala tuju.
 
Menurut Presiden UMNO itu, hala tuju pertama ketika ini adalah memperkasakan Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
 
Hala tuju kedua yang digariskan beliau ialajh, memperkukuhkan kerjasama dengan pihak yang benar-benar jujur dan ikhlas untuk bekerjasama dengan BN.
 
“Saya juga faham hala tuju sering dikaitkan dengan strategi. Sekali lagi saya beri jaminan UMNO ada strategi.
 
“Cumanya ia bukan lagi strategi politik sekiranya semua pihak terutama (pihak) lawan tahu apa yang UMNO sedang dan akan lakukan.
 
“Strategi UMNO tidak boleh statik, rigid, kaku dan kejang. Strategi politik tidak boleh skema. Perlu bijaksana,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau pada Selasa.
 
Tambah beliau, pimpinan UMNO juga mempunyai strategi terbaik untuk parti, ahli dan rakyat keseluruhan yang menepati kehendak akar umbi tanpa mengorbankan agenda perjuangan.
 
“Tetapi agak menghairankan apabila anti-UMNO yang seolah-olah paling kecewa dan hari-hari marah kerana UMNO kononnya tiada hala tuju.
 
“Hari-hari membangkitkan perkara itu di media sosial. Apakah muslihatnya saya fikir saudara saudari ada jawapannya,” ujar beliau lagi.

Tiada ulasan: