MalaysiaGazette
Kemungkinan berlaku kerjasama antara DAP dan UMNO adalah sangat tipis, kata Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.
KUALA LUMPUR – Kemungkinan berlaku kerjasama antara DAP dan UMNO adalah sangat tipis, kata Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.
Beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata, DAP selama ini kuat membidas UMNO, tetapi demi mempertahankan jawatan dan atas pertimbangan politik, parti itu telah memperkenalkan gabungan dengan UMNO selepas tertumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Perak.
Katanya, cadangan gabungan itu bagaimanapun telah ditolak oleh UMNO.
Menurutnya, Majlis Tertinggi UMNO telah menyatakan tidak bekerjasama dengan DAP atau Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Sesetengah orang dalam UMNO mungkin rasa sudah memadai kalau ada wakil kaum Cina, tetapi perjuangan UMNO dan DAP adalah berlainan.
“Mereka adalah musuh selama berdekad lamanya, DAP malahan berpendapat UMNO harus dihapuskan.
“Sekarang, mereka pula melihat UMNO sebagai satu harta dan perubahan ini tidak semesti mendapat persetujuan kaum Cina,” katanya seperti dipetik China Press.
Jelas Ka Siong, UMNO juga berpandangan negatif mengenai DAP termasuk apabila Timbalan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming berkata kerjasama UMNO dan Pas akan menyebabkan Malaysia menjadi seperti Taliban.
Menurutnya, Setiausha Agung DAP, Lim Guan Eng pula berkata kerjasama UMNO dan Pas bagaikan isyarat perang ke atas kaum bukan Muslim. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan