Astro Awani
Sin
Woon menjelaskan, paling penting adalah sokongan serta jentera yang
benar-benar baik untuk menawan pengundi termasuk membariskan calon-calon
muda. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR:
Mana-mana parti yang mempunyai ramai ahli seperti
MCA dan UMNO tidak
menjamin kemenangan pada Pilihan Raya Umum
ke-15 (PRU15) akan datang.
Setiausaha
Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon menjelaskan, paling penting adalah
sokongan serta jentera yang benar-benar baik untuk menawan pengundi
termasuk membariskan calon-calon muda.
"MCA ada 1.15 juta ahli, UMNO ada 3 juta ahli, namun ia tidak dapat diterjemahkan dalam PRU lepas.
"Kalau kita lihat DAP, mereka tidak ramai ahli tetapi ada ramai sukarelawan dan memberi sokongan yang memberikan hasil pada PRU.
"UMNO
dan MCA contohnya, melalui pertandingan parti dan mereka yang kalah
sendiri menjadi pembangkang kepada parti, mereka lawan kita kembali,"
katanya semasa sesi Facebook live O2 Malaysia pada Sabtu.
Moderator pada sesi itu ialah Anis Huszainey selain seorang lagi panel, penganalisis politik, Prof Wong Chin Huat.
Siri
siri wacana #RoadtoPRU15 itu merupakan episod pertama yang
membincangkan bahang PRU15 yang semakin hangat diperkatakan bilam ana
media sosial semakin rancak membangkitkan isu pertembungan penjuru,
populariti para pemimpin dan keboleh menangan parti-parti yang akan
beraksi di pentas demokrasi.
O2 Malaysia
mengambil kesempatan itu untuk mengangkat wacana ilmiah dengan mengupas
segala sisi pandang yang menarik untuk ditelusuri bersama.
Ia
membawa tema perbincangan berhubung dengan Etnik Cina dan PRU
memandangkan undi bagi komuniti ini dilihat begitu signifikan dalam
memberi kelebihan bagi sesebuah parti meraih kemenangan.
Dalam pada itu kata Sin Woon, realitinya DAP membariskan calon-calon muda dan ia berbeza dengan budaya MCA sendiri.
"Di dalam MCA, kita (orang muda) kena menunggu lama untuk mendapat peluang.
"Bukan
mudah pemimpin muda MCA untuk memegang jawatan, kalau ikut pengalaman
sukar pemimpin lama ini untuk melepaskan jawatan berbanding DAP.
"Apa
yang kita perlu buat adalah reformasi dalam parti seperti pemimpin
terdahulu yang memberi fokus kepada keseluruhan rakyat dan bukan Cina
semata-mata. MCA seharusnya menjadi jambatan kepada rakyat terutama
semasa PRU," ujarnya.
Sementara itu, Chin Huat menjelaskan, MCA seharusnya mengubah fokus dari masyarakat Cina kepada semangat Barisan Nasional (BN).
"Ini adalah masa paling sesuai untuk menjenamakan semula parti dan mencari pemimpin yang terbuka dalam perjuangan.
"Mereka
perlu saling hormat-menghormati dan kembali dalam perkongsian kuasa.
Bukan mudah untuk menang, faktor pemimpin dalam parti-parti BN sangat
penting untuk memastikannya menjadi kenyataan," katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan