HALAMAN SANTAI

Rabu, 3 Februari 2021

PKP Bersambung, Kerajaan Dirayu Penuhi Tuntutan Rakyat – Dr Asyraf Wajdi

UMNO ONLINE

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, semua akur dengan ketetapan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan matlamat untuk melandaikan lekuk COVID-19.

Walau bagaimanapun, katanya, PKP 2.0 tidak sama dengan PKP yang pertama dahulu kerana ketika itu rakyat masih ramai boleh bertahan dengan sisa-sisa simpanan yang ada. 

“Namun PKP 2.0 kali ini menyaksikan rakyat ramai yang susah, resah, amat tertekan dan gelisah. Ramai hilang pekerjaan, tiada punca pendapatan, perniagaan lingkup, yang nak bangkit semula tempoh hari jatuh kembali akibat PKP, malah simpanan hampir kering bahkan kehabisan terus,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Justeru, katanya, Pemuda UMNO merayu bagi pihak rakyat agar beberapa tuntutan mereka dapat di penuhi oleh kerajaan. Perkara tersebut melibatkan:

1. Pastikan rakyat punya tunai di tangan mencukupi untuk berbelanja dalam tempoh PKP. Bantuan tunai seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN) perlu ditambah untuk tempoh PKP 3.0.

2. Jaminan bekalan keperluan makanan dengan memastikan harga barang makanan tidak naik mendadak dan memberikan bantuan makanan asas seperti bakul makanan kepada rakyat yang memerlukan secara berjadual.

3. Melaksanakan kaedah serupa dengan PKP 1.0 dahulu dengan mengarahkan bank-bank dan institusi-institusi yang menawarkan pinjaman agar melanjutkan moratorium secara otomatik tanpa faedah atau caj tambahan dan tanpa perlu tertakluk kelulusan permohonan kepada bank.

4. Memansuhkan segala syarat dan kriteria bagi mempermudahkan pengeluaran secara otomatik bagi semua kategori i-Sinar Kewangan Simpanan Pekerja (KWSP).

5. Segerakan bantuan Pendidikan (peranti dan liputan internet kepada 4.7 juta pelajar Sekolah Rendah dan Menengah.

6. Tambahkan saluran TV bantuan mengajar termasuk memanfaatkan Ordinan Darurat mengarahkan saluran-saluran TV Swasta turut menyumbang secara percuma.

7. Menambah insentif bantuan gaji sekurang-kurangnya selama tiga bulan sebanyak RM1200 bagi setiap pekerja – UMNO Online

Tiada ulasan: