HALAMAN SANTAI

Rabu, 3 Februari 2021

Pendedahan Tommy: Apakah Benar Banyak Campur Tangan Dalam Proses Keadilan? – Zahida

UMNO ONLINE


 

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, banyak perkara yang perlu dijawab oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana ada banyak keraguan yang timbul tentang perjalanan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Soalnya, apakah benar banyak campur tangan proses keadilan untuk membebaskan rakan dan pendakwaan terpilih kerana bermotif politik kebencian.

“Pendedahan Tommy Thomas, apa tindakan Peguam Negara sekarang? Tommy mendedahkan dia melepaskan kes-kes kumpulan pemberontak Sri Lanka LTTE setelah mendapat izin Mahathir dan kabinet.

“Kes Lim Guan Eng digugurkan dan pendakwaan terpilih terhadap pemimpin UMNO pada ketika itu juga ada campur tangan politik,” katanya dalam kenyataan yang merujuk kepada penerbitan buku biografi oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas

Tegasnya, kerajaan hari ini mestilah perbetulkan semula segala kerosakan berlaku di zaman kegelapan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan. – UMNO Online

Tiada ulasan: