Astro Awani
Anwar
berkata demikian bagi menjawab kenyataan Menteri Dalam Negeri,
Datuk
Seri Hamzah Zainuddin, yang memberitahu surat tersebut mempunyai
unsur
hasutan serta mengancam ketenteraman negara.
KUALA LUMPUR:
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi
pendirian, surat yang diutuskan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan
Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah adalah berbentuk rayuan dan
permohonan.
Beliau berkata demikian bagi
menjawab kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin,
yang memberitahu surat tersebut mempunyai unsur hasutan serta mengancam
ketenteraman negara.
“Apa
yang kita sebut merayu memohon ihsan dan kebijaksanaan. Tidak faham
bahasa ke? Memohon atau merayu itu bermaksud meminta ihsan,
kebijaksanaan Tuanku.
"Bagi
mempertimbangkan, apakah itu bunyi desakan? Apakah rakyat biasa, jangan
fikirkan saya sebagai ketua pembangkang, contohnya sebagai rakyat,
tukang cuci, barisan hadapan, pekerja biasa, tidak boleh merayu kepada
baginda?
“Untuk
meminta supaya mempengaruhi keadaan, memperbaiki keadaan? Hal-hal yang
kita tidak setuju, apakah tanggungjawab rakyat, mesti sokong semua
tindakan kerajaan?
"Yang kita bantah itu
adalah keputusan Perdana Menteri dan jemaah menteri,” tegasnya dalam
kenyataan sewaktu bersiaran langsung menerusi Bicara Anwar Ibrahim di
akaun Facebooknya pada Selasa.
Terdahulu,
polis telah membuka siasatan terhadap Ahli Parlimen Port Dickson itu
susulan 13 laporan diterima berhubung rayuan untuk menggugurkan
pengisytiharan darurat.
Hamzah dilaporkan
berkata, ia termasuk beberapa individu lain yang senada menentang
darurat dan mendesak Yang di-Pertuan Agong membatalkannya.
Pada
24 Januari lalu, Anwat telah menghantar surat kepada semua ahli
Parlimen mengajak mereka mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong
dalam usaha merayu membatalkan pelaksanaan darurat di negara ini dan
Parlimen boleh segera bersidang.
Presiden
Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bagaimanapun berkata, surat berkenaan
perlu disesuaikan berdasarkan pertimbangan semua ahli Parlimen dan parti
masing-masing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan