Muhammad
Shafee Abdullah berkata, Najib Razak mengarahkan beliau memfailkan
saman awal minggu depan jika Tommy Thomas gagal memberi jawapan
memuaskan menjelang Jumaat ini.
PETALING JAYA: Najib Razak mengeluarkan surat tuntutan kepada bekas peguam negara, Tommy Thomas, yang didakwa memfitnahnya dalam memoir bertajuk “My Story: Justice in the Wilderness” yang dipasarkan Sabtu lalu.
Peguam Muhammad Shafee Abdullah berkata, bekas perdana menteri itu menuntut permohonan maaf dan ganti rugi RM10 juta.
“Jika kami tidak terima jawapan memuaskan dari anda Jumaat ini, arahan jelas kami ialah memulakan prosiding undang-undang awal minggu depan.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan