Eleanor Michelle Patrick
PANDIKAR: Sama ada kita diterima atau tidak, itu terpulang kepada pemimpin.
- Gambar fail
KOTA KINABALU: Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) menyatakan pendirian mereka menyokong polisi kerajaan.
Tan
Sri Pandikar Amin Mulia yang telah dilantik sebagai Presiden USNO
baharu, berkata demikian ketika ditemui dalam satu majlis Pemilihan USNO
Sesi 2021/2024, pada Jumaat.
"Kita
sudah menghantar permohonan kita, jadi kita masih menunggu. Sama ada
kita diterima atau tidak, itu terpulang kepada pemimpin.
"Tetapi kita mengharapkan bahawa tidak adalah kawan-kawan di sebelah sana itu akan membantah.
"Baru-baru
ini saya mendapat pelantikan daripada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri
Hajiji Mohd Noor, sebagai perutus khas Kawasan Pertumbuhan ASEAN
Timur-Brunei-Indonesia-Malaysia (BIMP-EAGA).
"BIMP-EAGA ini setahu saya, badan yang diasas oleh kerajaan. Jadi takkan pemimpin dari pembangkang pula dilantik oleh kerajaan.
"Jadi, kalau itulah hakikat yang sebenar, kita menganggap kita ini adalah pro-kerajaan," katanya.
Ditanya
mengenai jumlah kerusi yang ingin dipertandingkan dalam pilihan raya
akan datang, beliau menyatakan bahawa pendirian USNO tidak semestinya
bertanding.
"Sebelum saya memimpin parti
USNO, saya pernah memimpin parti-parti kecil dahulu. Setiap parti
apabila diwujudkan, ianya mempunyai aspirasi untuk bertanding.
"Tetapi
bagi kita di USNO sekarang ini, kita tahu saiz kita. Saiz USNO sekarang
ini, kalau saya, saya boleh takrifkan sebagai baju bersaiz kecil.
"Bermakna kalau pun kita mempunyai aspirasi untuk bertanding. Kita tidak akan bertanding dengan banyak-banyak," katanya lagi.
Turut
dilantik dalam majlis tersebut ialah Timbalan Presiden USNO, Matbee @
Matbeh Hj. Ismail, sebagai dan Naib Presiden USNO, Datuk Hamzah Sundang.
"Sekarang ini USNO mempunyai barisan kempimpinan baru, semoga barisan baru ini akan mempunyai juga idea-idea baru.
"Idea
yang boleh menarik minat ataupun perhatian orang ramai pada
pilihan-pilihan raya yang akan datang kerana piihan raya ini bukan
sekali, ada masa-masa tertentu kita adakan pilihan raya.
"Kita
adakan sidang media pada hari ini untuk memaklumkan kepada rakyat
bahawa parti ini masih lagi bernafas dan boleh berjalan menuju
kehadapan, sedang bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya pada
bila-bila," tambahya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan